Nilai, 13 Mac- Jum’ah With Ladies kali ini disampaikan oleh Dr. Robiatul Adawiyah Mohd @ Amat, pensyarah dari Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah. Konsep yang disampaikan oleh Dr. Adawiyah lebih kepada sesi bedah buku yang ditulis oleh Dr sendiri yang bertajuk Jam Biologi Manusia.

Dr juga menyimpulkan bahawa tajuk yang disampaikan hakikatnya menyeru manusia agar kembali kepada fitrah hidup berpandukan aturan Allah dan natijahnya menjamin kesejahteraan dan kesihatan hidup didunia dan diakhirat

Terima kasih kepada warga muslimat USIM yang hadir dan diharapkan ilmu yang disampaikan dapat diaplikasikan dalam kehidupan.