12 Oktober 2023, Nilai – Saban tahun program USIM Berselawat ini giat diadakan di Kompleks Islam Tuanku Muhriz USIM. Sempena Maulidur Rasul 1455H ini, Program malam USIM Berselawat melakukan kelainan apabila menampilkan kumpulan qasidah yang ditubuhkan oleh pelajar USIM. Menariknya kumpulan Soutul Muazzin ini terdiri daripada  sukarelawan Bilal yang bertugas di Kompleks Islam Tuanku Muhriz pada setiap hari. Selain itu, program USIM Berselawat turut dimeriahkan dengan penampilan selebriti Ustaz Mohd Nor Effendy yang turut menyampaikan tausiah ringkas dicelahan alunan qasidah. Program ini dirasmikan dengan sempurna oleh YBhg. Prof. Ts. Dato. Dr. Sharifuddin Md. Sharani, Naib Canselor USIM dan turut dihadiri oleh barisan JKPU dan staf USIM. Diharapkan program ini akan dapat diadakan lagi dengan pengisian yang lebih cemerlang.