12 Mac 2026 –  Majlis Sumbangan Kasih Ramadan anjuran Petronas Central TA C11 telah berlangsung dengan lancar di Kompleks Islam Tuanku Muhriz (KITM), USIM.
Pusat Islam USIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Petronas Central TA C11 atas kesudian berkongsi rezeki melalui penyerahan sumbangan Kasih Ramadan serta baucar petrol kepada para pelajar yang memerlukan. Inisiatif ini mencerminkan semangat keprihatinan dalam menyantuni komuniti kampus terutama di bulan Ramadan.
Majlis turut diserikan dengan ucapan daripada wakil Pengusaha Stesen Minyak Petronas TA C11, Encik Mohd Imran Nik Mohammad serta Prof. Dr. Mushaddad Hasbullah, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni USIM, diikuti sesi penyerahan sumbangan, penyampaian cenderamata dan sesi bergambar.
Semoga sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban serta memberi kegembiraan kepada para penerima dalam menjalani ibadah Ramadan. Terima kasih kepada pihak Pusat Wakaf Dan Zakat dalam menjayakan majlis ini.
#PusatIslamUSIM
#KasihRamadan
#USIMBerkat