Pada 4 dan 5 April, telah berlangsung Kursus Haji Perdana Peringkat Negeri Sembilan 1447H/2026M di Kompleks Islam Tuanku Muhriz. Program ini telah membuka tirai dengan pengisian bermanfaat sebagai medan persediaan menyeluruh buat para bakal tetamu Allah. Program ini juga turut memberi penekanan kepada kefahaman ibadah serta kesiapsiagaan rohani dalam menghadapi perjalanan haji. Semoga segala ilmu yang diperoleh dimanfaatkan sebaiknya, dan para peserta dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta dianugerahkan haji yang mabrur. Penghargaan turut dirakamkan kepada sukarelawan Adik Beradik Pusat Islam (ABPI) atas komitmen dan khidmat bakti dalam menjayakan program ini.
Memasuki hari kedua, kursus ini terus berlangsung dengan pengisian yang lebih mendalam di Kompleks Islam Tuanku Muhriz sebagai medan pengukuhan kefahaman dan persediaan rohani para bakal jemaah haji. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Menteri Besar Negeri Sembilan yang telah menyempurnakan perasmian, sekali gus menyuntik semangat dan iltizam dalam kalangan peserta untuk menunaikan ibadah haji dengan sebaiknya. Diharapkan setiap ilmu yang ditimba menjadi panduan sepanjang perjalanan ibadah, di samping doa agar para bakal haji terus dikurniakan kesihatan, dipermudahkan urusan serta memperoleh haji yang mabrur. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada sukarelawan Adik Beradik Pusat Islam (ABPI) atas dedikasi dan kesungguhan dalam memastikan kelancaran program ini.