Pusat Islam telah menerima kunjungan delegasi daripada Masjid Muhammad, Washington, Amerika Syarikat pada 7 Ogos 2026. Lawatan ini dapat mengeratkan hubungan serta bertukar pandangan berkaitan pengurusan institusi masjid, pendidikan Islam dan pembangunan komuniti. Lawatan ini turut menjadi platform perkongsian pengalaman dan amalan terbaik antara kedua-dua institusi dalam memperkukuh peranan masjid sebagai pusat ibadah, pendidikan dan kemasyarakatan.