KOMPLEKS ISLAM TUANKU MUHRIZ USIM

PENGENALAN

Kompleks Islam USIM menjadi mercu tanda baharu kebanggaan warga Universiti ini. Ia mula digunakan oleh warga kampus pada awal Ramadan tahun 2017. Keberadaannya telah sekian lama dinantikan oleh warga kampus apabila USIM berpindah secara rasmi ke Kampus Induknya di Nilai, Negeri Sembilan pada 2005.

Kedudukannya yang strategik iaitu di antara Canselori dan Perpustakaan adalah pelengkap kepada sebuah perlambangan bahawasanya USIM sebagai sebuah Universiti Islam akan sentiasa memastikan elemen tadbir urus dan dasarnya (Canselori) dilaksanakan berdasarkan pertimbangan nilai keilmuan dan kebijaksanaan (Perpustakaan) dan bertunjangkan Al-Quran dan Sunnah (Pusat Islam).

VISI

  • Menjadi pusat pembentukan masyarakat bertakwa, berpaksikan penghayatan ilmu Naqli dan Aqli.

MISI

  • Memimpin penganjuran aktiviti pengimarahan Kompleks Islam Tuanku Muhriz yang bersifat penghayatan kearah pembentukan nilai takwa melibatkan warga USIM dan komuniti.

OBJEKTIF

  1. Berperanan sebagai pusat kecemerlangan Syiar Islam melalui aktiviti pembudayaan ilmu.
  2. Berperanan sebagai penggerak aktiviti keagamaan serta penyebaran dakwah Islamiah.
  3. Berperanan sebagai pusat pembangunan nilai keagamaan kepada warga USIM melalui program Liqa’ Universiti dan program pengimarahan.
  4. Berperanan sebagai pusat libatsama masyarakat dalam Hal Ehwal Islam.
  5. Berperanan sebagai pusat rujukan Hal Ehwal Islam.