Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Perhimpunan Khas Bersama Naib Canselor bersempena Sambutan Maulidur Rasul 1448H Peringkat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 11 September 2026 (Jumaat) bertempat di Kompleks Islam Tuanku Muhriz (KITM), USIM.
Program dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh En. Mohamad Husaini Mahmur. Majlis kemudiannya diserikan dengan Ucapan Khas Naib Canselor sempena Maulidur Rasul 1448H yang disampaikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, yang turut menjadi wadah untuk menyemarakkan penghayatan terhadap sirah, sunnah dan akhlak Rasulullah SAW dalam kehidupan warga USIM.
Suasana majlis bertambah meriah dengan persembahan Qasidah oleh Soutul Muazzin, sebelum diteruskan dengan penyampaian sumbangan Program MAINS Care IPT, penyampaian Sijil Rakan KPT, serta hadiah pertandingan dan cabutan bertuah.
Semoga penganjuran Sambutan Maulidur Rasul 1448H ini terus menjadi platform dalam menyemarakkan rasa cinta dan kasih kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, di samping menghayati dan mencontohi akhlak mulia Baginda dalam kehidupan seharian.
Majlis turut diserikan dengan penyampaian sumbangan Program MAINS Care IPT, penyampaian Sijil Rakan KPT dan hadiah pertandingan, diikuti sesi fotografi serta jamuan minum pagi. Sambutan ini diadakan sebagai wadah memperingati dan menghayati sirah serta akhlak mulia Rasulullah SAW, di samping menyemarakkan kecintaan terhadap Baginda dalam kalangan warga universiti.
