22 Mac 2024, Nilai – Istimewanya Ramadan kali ini, Pusat Islam menjemput seluruh warga USIM dan warga sekitar Nilai untuk menghadiri Iftar Perdana Peringkat USIM tahun 2024 yang diadakan dengan penuh meriah.

Objektif utama program ini diadakan untuk menggalakkan warga USIM saling berukhuwah, memanfaatkan perkongsian ilmu selain dapat menikmati sajian Iftar yang disajikan semasa program berlansung. Program dimulakan dengan Ceramah Perdana oleh Ustazah Asma’ Harun mengenai Peristiwa Agung Di bulan Ramadan.

Perkongsian disambut dengan penuh meriah sehingga memenuhi ruang solat Kompleks Islam. Selain itu, program dimeriahkan lagi dengan edaran 2000 pek Nasi Arab kepada para tetamu dan hadirin yang hadir. Suasana Solat Maghrib, Solat Isya’ dan Solat Sunat Tarawih diimamkan oleh Al-Fadhil Sheikh Abdul Karim Omar Al-Makki. Program ini juga telah diserikan lagi dengan kehadiran barisan Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Jawatankuasa Pengarah Univerisiti (JKPU), wakil dari Pengurusan Bank Islam dan wakil Ketua Pegawai Eksekutif Tijarah. Diharapkan program ini akan dapat diadakan lagi dengan pengisian yang lebih cemerlang.

Terima Kasih kepada semua penyumbang yang telah menyumbang Ihya Ramadan Pusat Islam 2024.