Sekitar Program Khatan Perdana yang diadakan di Kompleks Islam Tuanku Muhriz USIM pada 18 Februari 2024 dengan jumlah peserta seramai 43 Orang. Program ini bermula awal pagi pada 7.40 pagi sehingga jam 12.40 Tengahari.
Program ini hadil kerjasama Klinik Usraa Al Baghdadi Senawang dan Pusat Islam USIM. Sebanyak 4 katil dengan 7 pegawai perubatan dari Klinik Usraa Al Baghdadi senawang yang menjayakan Program ini.
Selain itu, Program ini turut mendapat bantuan logistik dan kecemasan dari Pusat Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia, Jabatan Keselamatan USIM, Jabatan Bomba Nilai dan turut membantu pelajar sekretariat Adik Beradik Pusat Islam USIM.
Program kali ini istimewa apabila menerima peserta bayi berumur 4bulan dan seorang peserta Mild Autism..
Jutaan Terima Kasih kepada semua yang bekerjasama menjayakan program ini.