19 Oktober 2023, Nilai – Saat dunia sedang getir menangisi kesengsaraan rakyat Palestin yang diserang oleh Zionis. Warga USIM terus bangkit bersolidariti menyokong perjuangan Palestin dan membantah kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis yang membunuh tanpa belas kasihan. Kehadiran Sukarelawan MAPIM iaitu Heliza Helmi dan Hazwani Helmi yang menjadi tarikan utama warga USIM untuk bersoladirati dengan mengangkat Papan tanda #IsraelCuak. Program ini dianjurkan oleh USIM Alamiyah dengan kerjasama Pusat Islam USIM yang menyediakan tempat berkumpul untuk solidariti.