Nilai, 28 September 2023 – Sempena sambutan Maulidur Rasul 1445H kali ini, Pusat Islam USIM mengambil bahagian dalam program Perarakan Maulidur Rasul yang diadakan di Masjid Dato Klana Petra Nilai. Selain itu, perarakan ini turut disertai oleh wakil Masjid dan surau sekitar Nilai yang membawa rombongan masing-masing. Selain dapat menyemai rasa cinta pada Nabi Muhammad SAW, program ini dilihat dapat mengeratkan lagi hubungan antara warga USIM dan masyarakat Nilai kerana sebelum ini sambutan ini hanya diadakan dalam warga USIM semata.