1 Julai 2023, Nilai – Majlis korban dan akikah pada tahun ini diteruskan lagi sambutannya di USIM. Segala perancangan yang dirancang dapat berjalan dengan baik tepat pada masanya. Majlis korban tahun ini dimeriahkan dengan kehadiran Naib Canselor USIM yang turut sama bergotong royong seawal jam 8 pagi dalam acara melapah kulit daging. Acara korban tahun ini juga dimeriahkan dengan penglibatan JKPU dan staf keselamatan USIM yang memainkan peranan yang besar bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar. Sebanyak 800 pek daging korban berjaya diagihkan dan turut dihidangkan kepada para petugas dan pengunjung yang hadir solat berjemaah di Kompleks Islam USIM.