12 Oktober 2023, Nilai –  Ketibaan Maulidur Rasul adalah waktu yang sering ditunggu oleh umat Islam. Sambutan maulidur rasul terus giat diadakan di setiap peringkat di Malaysia. Walaubagaimanapun, Pusat Islam USIM pada tahu ini mendapat kerjasama daripada Pusat Wakaf dan Zakat serta Koop Sahabat untuk memeriahkan program ceramah perdana Maulidur Rasul peringkat USIM. Sambutan pada kali ini dimeriahkan dengan kehadiran seorang agamawan Malaysia iaitu Dato Ustaz Kazim bin Elias yang mengupas topik Rasulullah SAW Cinta Teragung. Program ini bukan hanya dihadiri oleh pelajar USIM malah ia dimeriahkan dengan ratusan ahli Koperasi Sahabat yang hadir bagi memeriahkan program ceramah ini.