Nilai, 7 Oktober 2023 – Bersempena kemasukan pelajar baharu sarjana muda Universiti Sains Islam Malaysia sesi 2023/2024, seramai 2200 pelajar baharu sarjana Muda yang berjaya mendaftar telah menyertai program Esksplorasi Rohani sempena minggu taaruf sarjana muda USIM. Program ini diadakan di dewan solat utama Kompleks Islam Tuanku Muhriz dengan permulaan aktiviti solat hajat dan bacaan yasin. Pengarah Pusat Islam, Dr. Muhammad Hafiz Saleh berkata ketika sesi penyampaian tausiah supaya para pelajar dapat memanfaatkan Kompleks Islam untuk solat berjemaah dan mengadakan aktiviti aktiviti yang berfaedah. Katanya lagi, menjadi satu kerugian jika ruangan ini tidak dimanfaatkan kerana Kompleks Islam merupakan nadi utama dalam pembentukan sahsiah pelajar.  Dalam pengisian program ini juga, terlibat penglibatan wakil sekretariat di bawah naungan Pusat Islam yang mengambil peluang mempromosikan persatuan masing masing serta memberikan nasihat buat para pelajar baharu. Semoga mahasiswa baharu dapat mengambil manfaat di kampus barakah. Selamat Belajar!