22-24 September 2023, Janda Baik – Pusat Islam USIM menyambut dengan baik arahan Pusat Hal Ehwal Pelajar yang mengarahkan setiap jabatan mengadakan aktiviti Sukarelawanan setiap tahun. Jaulah Sukarelawan merupakan jenama baharu daripada jelajah Sukarelawan yang telah dilaksanakan sebelum ini. Pada tahun ini, Pusat Islam USIM berkunjung ke Maahad An-Noer yang terletak di Janda Baik, Pahang. Dalam siri Jaulah kali ini, Pusat Islam juga turut mengundang bangsa Arab Yaman daripada kumpulan Al-Tawasul dengan objektif supaya dalam jaulah ini para peserta akan turut mempelajari Bahasa Arab dan merasai suasana biah solehah di Maahad An-Noer. Ini menunjukkan Jaulah ini bukan hanya sukarelawan membantu fizikal sahaja, malah ia akan menjadi pulangan kepada para peserta untuk mendapat penguasaan Bahasa Arab. Dalam siri Jaulah kali ini, Pusat Islam USIM melakukan aktiviti sukarelawan berbentuk gotong-royong dan aktiviti rohani bersama masyarakat Kg. Janda Baik. Aktivti gotong-royong diadakan di Surau Al-Ikhlas bersama masyarakat setempat.