Tidak ramai yang mengetahui bahawa qiraat iaitu seni bacaan Al-Quran yang diambil terus dari Rasulullah SAW bukan sahaja mencantikkan alunan bacaan malahan juga menambahkan lagi kefahaman dan penghayatan terhadap maksud ayat-ayat suci Al-Quran. Setiap qari mempunyai alunan tersendiri yang memukau dan menyentuh hati para pendengar.
Sehubungan dengan itu, pengarah Pusat Islam mengambil inisiatif dengan mengadakan program Juma’ah with Qari dan solat jumaat. Program ini dilaksanakan dengan memperdengarkan bacaan qiraat sebelum masuk waktu solat Jumaat bagi memberi pendedahan tentang bacaan-bacaan qiraat. Antara qiraat yang dibaca ialah qiraat wirayat Warsy An-Nafi’, riwayat Susi An Abi Amr, riwayat Khalaf An Hamzah dan riwayat Duri Al-Kisaie.
Alhamdulillah sepanjang program berjalan, beberapa video bacaan qiraat telah dimuatnaik dan terdapat satu video yang telah dimuatnaik di Tik Tok Pusat Islam yang berjaya mendapat jumlah tontonannya mencecah 3 juta tontonan.
Program ini juga turut membuka peluang kepada pelajar pengajian qiraat untuk mengalunkan ayat suci Al-Quran dengan qiraat yang telah mereka pelajari sebelum solat Jumaat bermula.