NILAI, 1 JUN 2022 – Sempena menyambut kedatangan zulhijah yang dihiasi dengan ibadah korban. Pusat Islam USIM mengambil inisiatif untuk memberi penerangan dan ulangkaji ilmu pengetahuan berkaitan ibadah korban yang seringkali dipandangn enteng oleh masyarakat akan kepentingannya. Tazkirah Fiqh Korban ini disampaikan oleh Dr Abdullah Jalil, Pensyarah Fakulti Ekonomi Muamalat USIM pada waktu selepas zohor. Tazkirah ini turut diserikan lagi dengan pemberian makanan percuma kepada para jemaah yang mendengar tazkirah.