Nilai, 7-9 Mac 2023 – Seramai 100 lebih kanak kanak telah menyertai Program Tamrin Superb Umara’ 5.0 yang dianjurkan oleh Pusat Islam USIM dengan kerjasama adik beradik Pusat Islam. Fasilitator yang terlibat melibatkan 20 orang dalam kalangan ABPI yang telah dilatih. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang Tamrin berlangsung antaranya, Fiqh Solat, pengurusan jenazah, Latihan dalam kumpulan dan juga sukan sunnah memanah. Semoga para peserta akan mendapat kebaikan dari program ini.