Ucapan setinggi-tinggi tahniah dengan iringan doa diucapkan kepada YBrs. Ust Razman Ibrahim dan YBrs. Dr. Kauthar Abd Kadir atas pelantikan sebagai Pengarah dan Timbalan Pengarah baharu Pusat Islam USIM bermula 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2026.
Harapan kami seluruh warga Pusat Islam USIM agar kecemerlangan dan usaha baik yang telah terhasil sebelum ini dapat diteruskan dengan lebih bergaya di tahun-tahun yang akan datang demi memberi manfaat kepada seluruh warga USIM khususnya dan ummah amnya. Selain itu, pengimarahan Kompleks Islam Tuanku Muhriz USIM juga diharapkan dapat terus menjadi pusat tumpuan dalam suburnya budaya keilmuan Islam.
Selamat Maju Jaya diucapkan atas pelantikan ini yang sudah pasti terkandung seribu satu hikmah dan rahmat daripada Allah SWT. Mudah-mudahan ukhuwah yang bakal terjalin terus kukuh di jalanNya dan menjadi asbab redhaNya Allah SWT kepada kita.