Al-Quran adalah landasan utama dalam kehidupan dan menjadi panduan hidup bagi setiap individu, terutamanya umat Islam. Oleh itu, umat Islam digalakkan untuk sentiasa membaca ayat-ayat suci Al-Quran setiap hari dan mendalami isinya. Membaca Al-Quran berbeza daripada bahan bacaan biasa kerana ia memerlukan penguasaan tajwid, serta perlu disemak oleh guru yang berpengalaman supaya mutu bacaan dapat terus diperbaiki.
Oleh yang demikian, Pusat Islam telah memperkenalkan kelas Sahabat Al-Quran bagi menggalakkan masyarakat membaca Al-Quran dengan betul dalam halaqah tadarus Al-Quran Muslimat, yang dipimpin oleh Ustazah Manal. Kelas ini berlangsung setiap hari Jumaat, dari jam 2.00 hingga 3.00 petang secara atas talian melalui platform Microsoft Teams. Selain itu, Tullabiyyah dan MyTrams turut disediakan untuk warga USIM yang mengambil bahagian dalam program ini. Semua muslimat amat dialu-alukan untuk menyertai kelas ini.