19 Jun – Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, Pusat Islam telah menganjurkan Program Korban Perdana peringkat USIM di Kompleks Islam Tuanku Muhriz (KITM). Program ini telah melibatkan seramai 200 sukarelawan yang terdiri daripada staf USIM, pelajar USIM,bomba Nilai dan orang awam. Program turut dihadiri oleh Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM serta barisan wakil RHB dan peserta-peserta korban tahun ini.

Anggaran bajet program lebih kurang RM 60,000 yang melibatkan keseluruhan kos lembu , barangan melapah dan lain-lain. Sebanyak 9 ekor lembu dan seekor kambing dengan penyertaan peserta korban seramai 54 orang. Manakala, seekor lembu adalah tajaan daripada pihak RHB Malaysia.

Selain itu, sebanyak 590 kg daging lembu telah diagihkan kepada warga USIM dan orang awam. Seekor lembu dari RHB Bank dimasak untuk jamuan 1,000 orang pada waktu tengahari.

Pihak Pusat Islam berharap agar program-program seperti ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang.