Hari Raya Aidiladha di USIM pada tahun ini sungguh meriah dengan pelaksanaan ibadah korban yang besar sambutannya oleh Warga USIM. Sebanyak 9 ekor lembu dan kerbau yang dikorbankan pada hari raya ke-3. Turut diserikan lagi dengan kehadiran Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Semoga ibadah korban ini dapat menyucikan hati daripada perasaan riak dan penyakit hati yang lain.