25 Ogos 2020, Nilai : Telah berlangsungnya Program Kacau & Agihan Bubur Asyura sempena Sambutan Awal Muharram 1442H, anjuran Pusat Islam USIM. Program ini telah berlangsung seawal 7 pagi dan berakhir pada pukul 6 petang.
Sesi memasak telah berlangsung di Dapur Kompleks Islam Tuanku Muhriz USIM dan pengagihan dibuat di Pintu Masuk Utama USIM. Terima kasih diucapkan kepada YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani (TNCHEPA USIM) atas kesudian untuk bersama turun padang bagi sesi pengagihan.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada seluruh sukarelawan dan jawatankuasa program daripada kalangan staf dan mahasiswa yang berpenat lelah dari pagi hingga ke petang untuk menjayakan program ini. Semoga Allah SWT membalas segala jasa baik kalian. Ameen!