Nilai, 11 April 2022- Pusat Perumahan Pelajar USIM (PRUPEL) dengan kerjasama Pusat Islam USIM telah mengadakan program Gotong-Royong Memasak Bubur Lambuk. Program ini diadakan di Kompleks Islam Tuanku Muhriz USIM bermula jam 8 pagi. Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara kakitangan USIM dalam masa yang sama membuat amal kebajikan ketika bulan Ramadan. Bubur lambuk yang telah dimasak diagihkan kepada pelajar dan warga USIM yang hadir ke Kompleks Islam juga turut diagihkan kepada pelajar di Kolej Kediaman. Program ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) USIM Datuk Dr Zulkifli al-Bakri yang turut mengagihkan bubur lambuk.