Sempena program Semarak Patriotik Institut Pengajian Tinggi 2022, Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Pusat Kesihatan Universiti dan Pusat Islam USIM telah mengadakan kempen derma darah. Menariknya lokasi yang dipilih ialah Kompleks Islam Tuanku Muhriz. Pusat Islam berbesar hati menyediakan tempat di Kompleks Islam supaya jemaah yang datang menerima maklumat dan mudah menyertai kempen derma darah yang dianjurkan.