Nilai, 3 Februari 2023 – Seperti tahun sebelum ini, beberapa bulan sebelum Ramadan, tabung Ihya Ramadan akan dilancarkan bagi mensasarkan kutipan untuk kegunaan Ihya Ramadan. Pada tahun ini, Pusat Islam USIM mensasarkan kutipan sebanyak RM200,000 lebih banyak berbanding tahun sebelum ini. Pelancaran Tabung Ihya Ramadan ini dilancarkan dengan sempurna oleh Pengarah Pusat Islam USIM, Dr Muhammad Hafiz Saleh selepas bacaan Jumaah With Qari.