23 Oktober 2022, Nilai – Menyambut kepulangan Mahasiswa kembali ke Kampus.  Kompleks Islam Tuanku Muhriz USIM digemakan kembali dengan program kerohanian Maulidur Rasul. Pusat Islam USIM tampil dengan penganjuran Minggu lantunan Mahbbah Buat Habibullah. Program ini menyediakan 8 slot pengisian selama 5 hari berlangsung. Alhamdulillah, rata-rata program yang dianjurkan mendapat sambutan daripada mahasiswa. Program terakhir Minggu Minggu Lantunan Mahabbah iaitu Himpunan Mega USIM Berselawat mendapat sambutan hangat kira-kira 2000 lebih kehadiran yang terdiri daripada mahasiswa dan orang awam.