Nilai, 13 Jan 2022 : Bersempena peperiksaan SPM yang bakal berlangsung, Kompleks Islam Tuanku Muhriz USIM menerima kunjungan daripada SMK Desa Cempaka untuk mengadakan majlis bacaan Yasin bagi persediaan pelajar SPM. Majlis bacaan Yasin berjalan dengan baik bermula slot motivasi yang disampaikan oleh Dr Khairunneezam Md Noor, pensyarah Fakulti Kepimpinan Pengurusan USIM. Program ditutup dengan solat Isya dan makan malam yang disediakan secara bungkusan.