Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Santuni Hari Raya Aidilfitri Pelajar USIM Bersama Naib Canselor 2025 yang penuh bermakna pagi ini, bertepatan dengan 1 Syawal 1446H bersamaan 31 Mac 2025. Program ini diadakan khas bagi meraikan pelajar-pelajar perantauan yang tidak pulang beraya bersama keluarga, agar mereka tetap merasai kemeriahan Syawal walau berjauhan dari kampung halaman.
Majlis yang berlangsung di Kompleks Islam Tuanku Muhriz (KITM) sejurus selepas Solat Sunat Aidilfitri turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Naib Canselor serta warga USIM yang lain.
Semoga dengan penganjuran program ini, ikatan ukhuwah semakin erat dan kasih sayang sesama warga USIM terus mekar. Moga Syawal kali ini menjadi kenangan indah buat semua.