Nilai, 27 Jan 2022 : Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Pusat Islam USIM telah menganjurkan Majlis Santapan Rohani untuk pemandu USIM. Seramai 30 orang pemandu USIM telah menyertai program ini. Program ini bertujuan untuk memberikan makanan rohani kepada pemandu USIM dengan menyajikan pengajian kitab Bidayatul Hidayah karangan Hujjatul Islam Imam al-Ghazali RAH.