Nilai, 26 November 2022- Buat julung kalinya Pusat Islam USIM membawakan 3 orang guru pondok untuk membaca dan menganugerahkan bacaan Dalalilul Khairat. Majlis ini dektuai oleh Tuan Guru Haji Norhisyam bin Mahmud dan Baba Abdullah bin Hassan. Majlis ini bermula 8 pagi  dimulakan dengan pembacaan Dalailul Khairat dan diteruskan pengijazahan hadis musalsal sehingga jam 4 petang. Majlis ini disertai oleh warga USIM yang terdiri daripada staf dan mahasiswa, juga termasuk imam dan bilal Kompleks Islam Tuanku Muhriz. Diharapkan program ini dapat memberi manfaat kepada peserta dengan cara memperolehi ilmu melalui guru yang bersanad.