11 Disember 2022, Nilai- Buat julung kalinya, Yayasan Yaqeh bersama Pusat Islam USIM menganjurkan Majlis Khatam Quran OKU. Majlis ini diadakan di Kompleks Islam Tuanku Muhriz (KITM) yang melibatkan lebih 50 orang pelajar. Program ini turut dimeriahkan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri dan juga Dr Asharaf Mohd Ramli, Pengarah Pusat Islam. Semoga penganjuran majlis ini dapat memberi kesedaran kepada orang awam betapa pentingnya memuliakan OKU dan turut memberi mereka semangat untuk mendalami ilmu agama terutama ilmu al-Quran dan Fardu Ain.