7 Mac 2023 Nilai – Menjadi kebiasaan dan tuntunan buat seluruh umat Islam di Malaysia pada pertengahan bulan Syaaban, kebanyakan masjid dan surau khususnya di Pusat Islam USIM mengadakan aktviti membaca surah Yasin. Aktiviti ini termasuk membaca surah Yasin tiga kali selepas solat maghrib dan setiap kali selepas membaca Yasin mereka membaca doa. Pada bacaan Yasin kali pertama diniatkan dengan memohon panjang umur, pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan daripada bala dan pada bacaan kali ketiga diniatkan memohon rezeki yang halal. Cara begini memang digalakkan dalam Islam. Justeru, menghidupkan malam nisfu sya’ban ini bukanlah satu amalan bidaah bahkan ianya tergolong dalam kategori perkara-perkara yang disunatkan.