Nilai, 3 Mac- Kompleks Islam Tuanku Muhriz baru-baru ini didatangi oleh pihak Pusat Islam dari UNISZA Kampus Besut bagi melihat hala tuju program-program Pusat Islam di samping mengenali badan-badan sekretariat yang bernaung di bawah Pusat Islam.

Program yang bermula dengan ucapan alu-aluan daripada Pengarah Pusat Islam, Encik Mohammad Aizuddin Abdul Aziz ini menandakan kunjungan dari Pusat Islam UNISZA Kampus Besut disambut baik oleh pihak kami. Di samping berkongsi idea dan pandangan, Ustaz Amin, selaku Penolong Pegawai Pusat Islam di universiti berkenaan telah menyatakan hasrat beliau untuk mengadakan kerjasama dengan pihak KITM dari aspek penganjuran program.

Program diteruskan dengan perbincangan program dari badan persatuan pelajar di universiti berkenaan dengan badan-badan sekretariat Pusat Islam yang terdiri daripada beberapa wakil pelajar dari Sekretariat Pusat Islam, Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia dan Sekretariat Rakan Siswa Yadim. Program berakhir dengan jamuan tengahari dan sesi penyampaian cenderahati dari pihak Pusat Islam USIM dan pihak Pusat Islam UNISZA Kampus Besut.

Diharapkan segala perancangan dan perbincangan dari kedua-dua pihak dapat dilksanakan dengan jayanya sekali gus dapat mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua buah universiti.