8 Disember 2022, Gambang – Pusat Islam USIM dengan persatuan pelajar di bawah Pusat Islam telah membuat kunjungan rasmi ke Universiti Malaysia Pahang bersama Pusat Islam Pembangunan Insan (PIMPIN). Kunjungan yang melibatkan 32 orang staf dan pelajar bertujuan untuk membuat kunjungan balas terhadap PIMPIN UMP yang telah hadir ke Kompleks Islam USIM beberapa bulan yang lalu demi menjaga baik hubungan masing-masing. Pertemuan ini juga bertujuan untuk menimba idea dan pengalaman kelas KAFA yang telah dijalankan oleh pihak UMP beberapa tahun dan ingin diaplikasikan di USIM. Semoga pertemuan ini dapat mengertkan hubungan serta dapat menambahbaik organisasi masing-masing.