Nilai, 8 Mac 2023 – Satu kursus pengendalian makanan secara tertutup telah diadakan di bangunan aras 2 Kompleks Islam Tuanku Muhriz. Kursus ini dijawibkan kepada semua staf dan turut juga disertai oleh pelajar-pelajar yang bertugas semasa mengendalikan makanan iftar mingguan. Kursus ini disampaikan oleh En. Mohd Teza Alfindo yang menekankan dari aspek penyediaaan, masakan dan hidangan makanan. Dengan adanya sijil kursus ini ia akan lebih menjamin  kebersihan dan meningkatkan kualiti servis penyediaan makanan di Pusat Islam USIM kerana Islam amat menitikberatkan kebersihan dalam makanan.