Nilai, 29 Februari- Sekretariat Pusat Islam dengan kerjasama Pusat Islam Islam telah menganjurkan Kursus Pemantapan Khatib Dan Khutbah yang bertempat di Kompleks Islam Tuanku Muhriz. Program yang dijalankan oleh Biro Akademik ini bermula dengan sesi temuduga bacaan khutbah yang dijalankan pada 24-26 Februari yang lalu.

Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kalangan peserta dan berbaloi dengan yuran yang dikenakan. Menurut para petugas yang terlibat dengan menyertai program ini para peserta berpeluang menjadi khatib di Kompleks Islam Tuanku Muhriz, USIM.

Diharapkan bakal-bakal khatib yang terlibat dapat memanfaatkan segala ilmu yang disampaikan oleh tenaga pengajar yang berkemahiran.