Nilai, 29 November 2022 – Pusat Islam USIM berbesar hati menerima kunjungan daripada warga Masjid Sultan Idris Shah 2, Perak. Kunjungan ini melibatkan lebih 40 orang tetamu yang datang. Dalam pertemuan ini, kedua-dua pihak menukar pandangan dan idea bagi menambah kebaikan pada institusi masing-masing. Wakil Masjid Negeri Perak, Ustaz Ridzuan juga turut mengalukan kunjungan balas Pusat Islam USIM ke Masjid Negeri Perak pada masa akan datang.