Nilai, 20 Jan 2022 : Pusat Islam USIM berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Majlis Perwakilan Pelajar USIM. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk suai kenal dan menceritakan hasrat dan hala tuju MPP USIM untuk membantu mahasiswa. Pertemuan ini diharapkan akan terus mengeratkan lagi hubungan dan dapat bekerjasama pada masa akan datang.