Nilai, 18 Mac 2023 –  Karnival Warm Up Ramadan anjuran Pusat Islam USIM dan adik beradik Pusat Islam USIM masih diteruskan sehingga ke siri yang 3. Sudah pasti siri yang ke-3 ini membawakan impak dan kemeriahan yang lebih banyak. Tetamu undangan  yang dijemput juga terdiri dalam kalangan akademik dan pelakon di Malaysia antaranya, Ustazah Fatimah Syarha, Ustaz Ammar Mukhlis, Pencetus Ummah Hafiz, Ustaz Hariyanto dan Saudara Saharul Rizwan yang merupakan pelakon yang baru berhijrah. Aktiviti sepanjang Karnival juga turut mendapat sambutan walaupun pada waktu itu pelajar Sarjana Muda masih lagi dalam fasa cuti semester. Antara aktiviti yang mendapat sambutan dalam karnival ini ialah Daurah Hadis 40 Puasa dan Ramadan yang menampilkan Ustaz Ahmad Sanusi Azmi.