Nilai, 28-30 Januari 2023 – Buat julung-julung kalinya Pusat Islam USIM bersama adik beradik Pusat Islam USIM (ABPI) telah mengadakan program berbentuk riadah iaitu Karnival Sukan ABPI. Program ini diketuai oleh ABPI dan dibantu oleh staf dan pengurusan Islam sendiri. Sebanyak 6 permainan yang dipertandingkan meliputi indoor dan outdoor. Lebih menarik lagi, KARSUK telah disertai oleh alumni-alumni yang pernah berkhidmat bersama Pusat Islam sebelum ini di bawah kontigen staf. Kontigen staf berpuas hati setelah berada pada kedudukan ke-3 sahaja. Kedudukan juara bukanlah objektif sebenar dalam KARSUK, namun hubungan yang erat serta adab bergaul yang ingin dilihat selepas KARSUK ini.