Nilai, 18 Mac 2022 : Sempena menyambut kedatangan Bulan Ramadan yang mulia yang akan datang, Jum’ah With Ladies membawakan topik isitimewa bagi melakukan persediaan hati agar tenang menyambut ramadan. Siri kali ini menampilkan Prof Dr Datin Sapora Sipon, Pensyarah FKP yang dikenali sebagai pakar bidang kaunseling. Semoga perkongsian kali ini dapat menyuntik motivasi para muslimah dan seluruh umat islam untuk bergembira menyambut kedatangan bulan mulia.