Tioman, 19-21 Ogos 2021 – Seramai 8 orang staf USIM melibatkan diri dalam program Jelajah Sukarelawan ke Kg Juara, Pulau Tioman dan Masjid Taman Temerloh Jaya. Jelajah sukarelawan ini memebri seribu makna buat warga Kg Juara kerana dapat menimba ilmu dan aktiviti yang telah disediakan oleh Pusat Islam USIM. Objektifnya tidak lain tidak bukan untuk meningkatkan produktiviti dan keimanan kita kepada Allah SWT dalam kehiduapn seharian kita. Jelajah sukarelawan diteruskan dengan menunjungi Masjid Taman Temerloh Jaya bersama Pengerusi masjidnya yang berjaya iaitu Dr Abdullah Ismail. Kunjungan ini sedikit sebanyak memberikan buah idea kepada Pusat Islam USIM agar dapat diaplikasi kejayaan masjid ini di USIM.