Nilai, 7 April 2023 – Pusat Islam USIM pada tahun ini menyerikan lagi Program Iftar Perdana berbanding tahun sebelum ini dengan pengisian yang berbeza. Majlis Iftar perdana yang gemilang ini dihadiri oleh Naib Canselor USIM serta Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti serta Ketua Jabatan. Program ini dimulakan dengan ceramah khas yang disampaikan oleh Ustazah Asma Harun dengan topik Mencintai Al-Quran Suatu Kewajipan. Objektif utama Iftar kali ini sudah pastinya menyediakan makanan percuma sebanyak 2500 pek kepada mahasiswa, warga USIM dan orang awam yang datang memeriahkan Majlis Iftar Perdana ini. Jumlah yang diperuntukkan lebih banyak berbanding tahun-tahun sebelum ini. Majlis iftar perdana diteruskan lagi sehingga solat terawih yang diimamkan oleh jemputan khas iaitu Syeikh Abdul Karim Omar Al-Makki. Semoga program yang baik ini dapat diteruskan lagi pada tahun akan datang.