Nilai, 3 Januari 2023 – Tahun baru 2023 kali ini sangat bermakna buat Pusat Islam apabila menerima kehadiran Pengarah & Timbalan Pengarah Pusat Islam yang baharu. Kedua-duanya merupakan pensyarah Fakulti Pengajian Quran Sunnah USIM iaitu Dr Muhammad Hafiz bin Saleh sebagai pengarah dan Dr Kauthar Abd Kadir sebagai Timbalan Pengarah. Satu pertemuan suai kenal diadakan pada hari pertama bekerja bersama staf dan cleaner yang bertugas di Pusat Islam. Semoga kehadiran Dr Hafiz dan Dr Kauthar akan lebih memajukan dan membangunkan Pusat Islam USIM lebih tinggi dan kehadapan sesuai dengan slogan USIM Dijulang, USIM Disayang.