Hari Jumaat adalah penghulu segala hari, dan bacaan Surah Al-Kahfi merupakan amalan sunnah yang penuh keberkatan. Dengan membaca dan menghayati Surah Al-Kahfi, kita memperoleh cahaya yang menerangi antara dua Jumaat, serta perlindungan daripada fitnah Dajjal.
Sehubungan itu, Pusat Islam telah menganjurkan sebuah program khas untuk para muslimat, iaitu Halaqah Kahfi Muslimat, yang diadakan setiap hari Jumaat jam 3.00 petang di Kompleks Islam Tuanku Muhriz. Program ini dipimpin oleh pelajar Sekretariat Pusat Islam dan turut diisi dengan perkongsian ringkas setelah selesai bacaan Surah Al-Kahfi.
Mari manfaatkan hari yang mulia ini dengan bacaan Surah Al-Kahfi untuk mendekatkan diri kepada Allah. Penyertaan adalah percuma dan semua muslimat dijemput hadir.