Nilai, 15 Feb 2023 – Masjid Dato Klana Petra Nilai meriah menganjurkan program gotong royong perdana membersihkan kawasan luar dan dalam Masjid. Pusat Islam USIM juga turut mengambil bahagian untuk turut serta membantu bersihkan kawasan Masjid. Program ini mendapat penglibatan ramai pihak antaranya Majlis Perbandaran Nilai, Jabatan Bomba Nilai, dan juga Jabatan hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Banyak bahagian yang dapat dibersihkan dan diperbaharui antaranya mengecat semula garisan parkir dan batu penmbahagi jalan. Semua kipas-kipas dibersihkan. Longkang juga dibersihkan dengan bantuan air bomba. Semoga dengan program ini akan lebih mengeratkan lagi hubungan antaranya masjid, masyarakat dan warga USIM dalam usaha menggapai kebaikan di sisi Allah SWT.