5 Ogos 2022, Nilai – Kebiasaanya kita mendengar forum diadakan pada waktu malam. Kali ini, Julung-julung kalinya Pusat Islam USIM mengadakan forum khas pada waktu Dhuha bersempena Maal Hijrah. Alhamdulillah Pusat Islam USIM sangat bersukacita dengan kehadiran Dr Abdullah Ismail yang merupakan Tokoh Maal Hijrah. Sumbangannya terhadap Masjid Temerloh Jaya dapat dikongsikan pada warga USIM dalam forum ini. Selain itu, ia turut dihadiri oleh Dr Hafiz Saleh dan Prof Madya Dr Yasmin Hanani.