15 Mac 2025 – Pelajar baharu Sarjana Muda ambilan ketiga berpeluang mengikuti sesi santai Eksplorasi Rohani bersama Pengarah Pusat Islam di KITM. Program ini diadakan untuk memberi semangat dan bimbingan kepada pelajar dalam menghadapi kehidupan di universiti.

Dalam sesi ini, Pengarah Pusat Islam berkongsi tentang kepentingan menjaga keseimbangan antara akademik dan spiritual serta bagaimana nilai-nilai Islam boleh diamalkan dalam kehidupan seharian. Sesi ini juga lebih menarik dengan peluang untuk para pelajar bertanya soalan dan berkongsi pengalaman mereka sendiri.

Program ini diakhiri dengan sesi doa dan muhasabah diri, semoga menjadi inspirasi untuk pelajar terus berusaha dan berjaya dalam perjalanan universiti mereka.