Nilai, 18 Jun 2022 & 2 Julai 2022 – Kehadiran Ustaz Muhadir ke sememanjung Malaysia  dimanfaatkan oleh Pusat Islam USIM menerusi program daurah Dwi kitab. Ustaz Muhadir Haji Jol tampil membedah buku yang baru diterbit iaitu 40 Hadis tentang Kubur dan Kematian. Manakala slot bersama Dr Abdullah Jalil diadakan pada 2 Julai 2022 dengan mengupas kitab Matan Ummul barahin. Program daurah ini dihadiri lebih 100 peserta pada setiap slot.